Friday, August 5, 2011

rintitan jiwa ku

hati ini jiwa ini
tidak pernah diajar untuk berbohong
mahupun diajar supaya memaksa
mungkin karna itu aku lemah

aku masih lemah karna mu
karna cinta yang diukir hanya sekadar pandangan mata
cinta yang tidak terucap dengan kata-kata
cinta yang datang dan pergi begitu saja

cinta yang kusangka tenang
kadang menyakitkan jiwa
meranakan hati dan memusbahkan diri
cinta yang ku gambarkan indah
rupanya hancur taatkala aku melepaskannya
dan aku terpaksa bertarung dengan egois ku
untuk menenangkan fikiranku terhadapmu

kenapa cinta ini tidak pernah aku lupakan
aku tidak mahu terikat denganmu
mahupun dengan pandangan matamu
walaupun dengan senyuman mu
namun aku seorang wanita yang lemah
aku dibawa ombak cinta mu
jauh dari pantai kenyataan
dan jatuh tersandar di pulau khayalan
aku dibuai cintamu aku dibuai kasihmu
dengan hanya satu ucap yang kau katakan
HANYA AKU MILIKMU SAYANG

aku tersedar dalam lamunan cinta ini
setelah kapal yang kita layari
karam dilautan sewaktu kita berlayar
dan kau pergi dengan hanya kau katakan
IZINKAH KAU MERELAKANKU PERGI

kau bagaikan meletakkan ku ditengah-tengah medan perang
aku yang memegang pedang dan aku juga
bertanggungjawab diatas segala kelukaan yang bakl berlaku
aku bagaikan menhunus pedang di leherku sendiri
dan di dada mu yang selama ini menjadi penyandarku

aku terpaksa melepaskan mu
walaupun aku sendiri akan mati dalam peperangan ini
dan aku turut karam dengan kapal cinta
dan kau hanya terjun dan berenang jauh dari kapal itu
dan kau hanya perlu biarkan pedang itu menghunus di leherku

kini ku rasakan bagaikan aku sudah mati
dari semua rasa cinta yang diberikan oleh seorang lelaki
aku kini tidak dapat tenang di dalam pelukkan lelaki
karna cintaku, ketenanganku,kerinduanku
telah kau bawa bersama tanpa kau menoleh
mahupun mengembalikannya semula

sudah hampir 4 tahun ini semua berlaku
walaupun cinta kita tidak hampir 6 bulan kita semai
namun rasa cinta itu telah terukir di dalam hatiku
dan hatiku kini musnah menjadi kepingan-kepingan kaca
yang jatuh kelantai dan dibuang ke sampah begitu sahaja

inilah harga yang harusku bayar
karna aku mencintai lelaki sepertimu
dan inilah yang harusku terima
karna aku tidak pernah menghargaimu
taatkala kau di depan mataku....