Thursday, March 25, 2010

SeMiNiT wAkTu

di pelukanku terakhir kali
kukatakan cinta
putih dan suci
kau mempersembahkan
seperti janji manis

bila malam menjelang
ingin ku hitung lagi
segenap jumlah bintang
yng bersinar di wajah mu

akhirnya semua telah berakhir
bagai mimpi buruk
menerjang ruang batin
hidup ku tidak berpesan
ku diam tertegun
menatap pilu dirimu
kau begitu indah

dunia rasa mati hilang semangat hidup
aku rindu padamu aku teramat sayang
jika ini takdirku bolehlah ku berharap
seminit waktu ingin aku membalas cinta

harusnya aku berlari
mengejar kepermegianmu
takkan tenggelam
jika dua anak manusia

NaSiB kU iNi

aku tertunduk menerima nasib ini
tunduk meelan segala
yang indah dan tidak indah
ak mugkin tertewas
ketika memburu selaut kasih
kasih yang bukan untukku lagi
bukan aku tidak pernah mencuba
tapi aku tidak pernah berjaya
usahaku hanya sia-sia sahaja
kerna orang seperti aku
pastinya dilanda kecewa.
aku terkurung didalam penjara janji
yang telah mencampakkan aku
ke dalam dasar lautan rindu
lalu harapanku kini tiada lagi
kerna tiada upaya membebas
diri dari ikatan keinduan yang lalu
lalu hatiku yang menjadi
yatim piatu di rumah sendiri
kesepian kian bermaharajalela
di setiap penjuru ruang bisu
tiap langkah ku hanya
berteman kesunyian kini dan
jadilah aku si yatim piatu
di tengah pandagan manusia
yang hanya bertemankan rindu
namun aku redha
terus dikurung, diikat janji
terbiar lesu di dalam penjara
rindu mu hingga akhir nanti

iStEmEwA bUaT .........

Bukan paras rupa yang ku agungankan
Bukan juga harta benda yang ku kerjakan
Cuma yang ku pinta dirimu
Hanyalah sekeping hati yang suci murni

Inilah aku seadanya
Tiada rupa, tiada juga harta
Hanya ada sekeping hati dan perasaan
Yang dapat ku agungkan kepadamu
Untuk kta melayarkan bahtera bersama
Suatu hari kelak

Tiada dapat yang ku janjikan padamu
Melainkan kasih sayan yang tiada duanya
Kesetian dan kebahagian
Jugala yang dapat
Ku pertaruhkan buatmu
Semoga pertalian ini
Sentiasa berada di jalan yang diredhai

Sebelum tangan ini menyudahkan kerjanya
Izinkan aku membisik kaya-kata
Yang telah lama ku pendamkan
Ke telinga mu dan hati mu
Dengan setulus hati.....

AKU CINTA PADAMU.....

LuKa YaNg LaMa BeRdArAH KeMbALi

mengapakah kau kembali
ia akan membuat luka lama berdarah kembali
itu semua bukan mudah untuk ku lupakan
cukup sekali dan jagan lagi kau sakiti

apakah yang sebenarnya yang kau mahukan
aku binggung memikirkan itu
akan tetapi kau bukan lagi dihatiku
dan tidak lagi akan bersatu

cukup selma ini kau menyatakan cinta
aku tidak mahu lagi mendengarnya
aku sudah cukup menderita keranamu
dan jaganlah kau menyakiti ku lagi

sudah banyak yang ku laluai
bukan hanya disakiti oleh mu
akan tetapi ramai lelaki lain
yang memainkan perasaan & kesucian cintaku
cinta yang pernah kau hancurkan

inikah yang kau mahukan
kesedihan dalam diriku
aku merasai kau bukan lagi
yang ku kenal dulu
orang yang sangat menjaga hati
dan perasaan ku

pergi
jangan kau kembali lagi
aku tidak mahu kau disisi
apatah lagi di mata dan di hati
dan jangan kau kembali lagi

Thursday, March 11, 2010

...TeTaP MiLiK Mu...

Sayangku dengarkan aku
Tak mungkin kumelepaskan mu
Kan ku pertahankan
Kau cinta padaku

Dan semua airmatamu
Yang bererti di hidupku
Sayangku dengarkan aku
Tak mungkin aku melepaskanmu
Bawalah cinta ku bersamamu

Terlontar diri di sudut sepi
Tercari-cari kebenaran
Yang masih tersembunyi
Akan tetapi aku hanya untuk mu

Sungguh realiti
Terlalu sukar untuk dihadapi
Dalam samar-samatr tetap menanti
Sebuah jawapan yang pasti
Walau bagaimanapun ku tetap milikmu
Selamanya akan kekal abadi.......

AnDaI

Andainya dapat ku putarkan masa
Ingin ku kenali dengan senyuman
Dan lirikan matamu
Namun ku sedar segalanya telah berlalu
Andai ku bersua
Izinkan diri ini menyatakan sesuatu

Selama bersamamu ku rasa dunia ini
Hanya milik kita berdua
Disulami dengan gelak tawa dan jenakamu
Sukarnya untuk aku melupakan segalanya
Namun ku pasrah yang indah hanya sementara

Andai kau disisiku
Akan ku serikan hidupku
Dengan cahaya hidup yang menarangi cinta kita
Namun segalanya tak mungkin berulang kembali
Kerana kau telah pergi jauh dari hidupku
Aku akan sentaisa mengenang memori cinta kita
Yang telah kit bina

Segala kata-kata dan senyum mu
Akan kau jadikan semangat meneruskan hidup ini
Bagiku kau sentiasa hidup di hati ini

TeKaDkU

Dulu....
Hadirnu ke dalam diari hidupku
Bagai telah ku duga akan terjadi
Namun begitu lumrah dalam sanubari
Hingga ku leka akan bencana yang melanda

Dan kini....
Aku telah menjadi mangsamu yang menderita
Terkapaai layu mencari jalan hidupku yang lepas
Sebelum dulu dirimu aku kenali
Bersama penyesalan yang tidak yertanggung lagi

Aku tekad...
Selamat tinggal ku ucapkan
Pergilah engkau luput dari memoriku
Selamanya bersama kepingan kemusnahan
Yang engkau kerjakan serakus-rakusnya
Menyelinap buas kesegenap urat sarafku

Kini aku telah sedar....
Betapa niat serongmu telah terbongkar
Dengarlah wahai kekasihku
Tekadku hanya satu...
Tinggalkanmu kerana aku tahu
Pengakhiran sebuah kehidupan
Adalah permulaan sebuah kehidupan yang baru!!!!

Wednesday, March 10, 2010

!sTeMeWa BuAt 7 PrInCeSs

sebuah persahabatan
indah bila diukir & dikata
hanya persahabatan ini yang membuatku bangun
dan percaya akan diriku sendiri

indahnya persahabatan
kerana aku selalu akan terdengar
gelak dan tawa sahabatku
itu lebih membuatkan ku tenang
ketika ku berduka

indahnya persahabatan
sifat & perangai yang berbeza
membuatkan corak didalam sesebuah persahabatan
ada yang nakal, baik, & sebagainya

setiap sahabat mempunyai sifat yang berbeza
yang membuatkan persahabatan ini lebih bermakna
setiap kedukaan yang terhiris
membuat kita mengenal siapa sahabat kita

indahnya persahabatan
perlu ada kekecohan
pergaduhan dan kesalafahaman
kerana kita akan lebih memahami perasaan
dan corak sesebuah perangai seorang sahabat

andai aku pernah menyakiti kalian
maafkan daku
kerana mungkin itu yang hanya boleh ku lakukan
hanya bermohon kemaafan
walaupun aku tidak tahu sesakit mana
ketika aku menyakiti hati mu

aku tidak akan melupakan mu
semua jika kita berpisah
aku tahu setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya

aku selalu berdoa agar pertemuan terakhir kita
di syurga agar kita akan dapat bersama
buat selama-lamanya
(NURI,A'INI,HIDAYAH,IZZAH,SAIYDAHTUL,SYAFIQAH,FARAH)

KaU PeRnAh HaDiR Di Hati Ku

Redup matamu kata bicaramu
Buat ku terpesona dengan kehadiranmu
Jika dulu kau kata hanya aku dihati mu
Hanya aku yang engkau cintai
Hanya aku segalanya buatmu
Dan hanya aku kehidupanmu
Tapi kini hanya kenangan
Buat kita yang tidak lagi sehaluan

Tuhan maha adil
Memberi petunjuk di saat akhir
Buatku supaya tidak lagi berharap padamu
Namun tetapku doakan
Moga kau bergembira dengan perpisahan ini
Walaupun impian tidak kesampaian
Kau tetap dalam ingatan

Jika kau keseorangan
Ingatlah aku insan yang sudi kau lukai
Dan seandainya kau terluka lagi
Ingatlah aku
Insan yang pernah kau hina
Dan kau campakkanya
Disaat segala-galanya kau terima

cInTa

Cinta
Hadirmu tanpa ku sedari
Tanpa ku rasai
Hanya membuatkan diriku ini
Tersa bagaikan di atas awagan

Cinta
Kau mencurahkan tujuh rasa padaku
SAYANG, RINDU, CEMBURU, MARAH,
KETAWA, SENYUM, dan TANGIS...
Digambarkan sebagai tujuh garisan pelangi

Yang mewarnai kehidupan ku
Bahagia menerangi kesetianmu
Curang punca perpisahan mu

Cinta
Sukar untuk ku mengertikan
Kenapa dalam marah ada sayang???
Kenapa dalam benci ada rindu???
Kenapa ada lara di sebalik maknamu???

TeRcIpTa UnTuK Ku

Sayang....
Andai suatu hari nanti
Kita bersua rupa
Berbicara dan bercinta

Sayang...
Adakah kau terima
Diriku seadanya
Aku bukannya perempuan
Yang sangat sempurna
Seperti mana pada luarannya
Diri ini terlalu banyak kelemahan
Sukar untuk aku nyatakan

Sayang...
Andai dirimu terima
Cintailah daku seperti dirimu
Sayangilah daku seperti dirimu
Lindungilah daku seperti dirimu
Hargailah daku seperti dirimu
Dan jagalah daku seperti dirimu

Tapi Benarkah Kau Tercipta Untuk Ku????

Tuesday, March 9, 2010

SeKaLi InI

hadirnya aku untuk mengucapkan maaf
maafkan aku kerana aku tidak mencintaimu
maafkan aku kerana aku haya menggunakanmu
maafkan aku jika kau menarh kasih padaku

hadirnya aku hanya buat sementara
untuk menebus dosaku padamu
untuk maminta ampun daripada mu
untuk mengucap salam perpisahan padamu

ku tahu betapa siksanya
hatimu menerima ucapan ku
ku tahu betapa tingginya
harapan mu terhadap ku

dan
ku tahu betapa beratnya
dosaku padamu
hadirnya aku
kini baerlalu
moga kau bahagia walau tidak
bersamaku

AkU BeLaJaR

aku belajar
melupakan semua kisah silam
yang sarat dengan dendam
dari api yang tak mungkin padam

aku belajar
mengharungi hari ini
yang penuhteka-teki
kerana waktu belum lagi terhenti

aku belajar
menghargai hari esok
yang banyak lagi tersorok
memanggil untuk menjeguk

aku belajar
berlari jauhnya tak bertepi
tak ku peduli kaca dan duri
yang melukai diri sendiri

aku belajar
melangkah dalam keadaan pasrah
takku hirau harapanku musnah
yang membuat ku tabah

aku belajar
mencintai dan dicintai
menerima dan memberi
tertawa dan menangisi
setiap detik dan hari
dari semua yang ku pelajari

Thursday, March 4, 2010

KECILKU..

walau sebesar mana sinar matahari..
ia akan tetap hilang digelap malam..
walau seindah mana bulan purnama..
ia tetap kelihatan malap disiang hari..
walau unik mana pelangi mewarna..
ia akan tetap pergi dengan perlahan...
walau ajaib mana hujan meteor..
ia akan singgah buat sejenak..
walau fantastik manapun planet..
ia tetap akan kabur dipandangan..
walau kuat mana graviti bumi..
ia tetap akan kalah diangkasa..
walau kecil mana diriku..
aku tetap akan selalu disini untukmu..
bersama hingga akhir nafasku...........