Wednesday, April 28, 2010

HaNyA BuAt sI DiA

Yang terindah...
Bila dibayangkan tika bersama
Dua jiwa berjumpa
Mengalun rasa...

Dan bermulalah cerita
Engkau dan aku melayar bahtera
Melayar bahtera hingga berjumpa
Pelabuhan kebahagiaan

Bila insan yang tidak pernah kenal
Tapi disatukan demi rasa
Maka terciptalah
Suasana kekeliruan
Namun ada rasa yang menyingkap
Terasa dua jiwa terindah....

Ingatkah lagi pertemuan pertama kita
Kau memerhatiku dgan jiwa
Kita bertentang mata
Dan tersenyum gembira...

Kenangan kita bersama
Dibawah rintik hujan
Dialunkan irama
Kau memerhatiku melaluai hati
Kau berjanji akan menjaga ku
Dan tidak akan kau pergi dari ku

Aku tersenyum pabila kau menjagaku
Ketika ku kedinginan
Sanggup kau melewati segala rintagan
Dan kau meletakkan ku di hatimu
Untuk kau menjaga dan merawatiku

Walaupun dimana kita berada
Kau sanggup memerhati ku
Dan memberi jiwamu padaku
Dan kau sanggup dimalukan demiku

Aku sangat bahagia
Selama kita bersama kau membuatku
Selalu tersenyum
Kau menjaga aku dari air mataku ini menangis
Kau membuat ku yakin bahawa
Hanya aku dihatimu
Dan hanya kau yang hanya bisa
Membuat ku gembira....

Kita ada persamaan
Dan kau menyukai ku dalam
Satu demi satu perkara...
aku bagaikan di cintai
Pangeran putera idaman
Yang ku idamkan dengan kereta kuda

Terindah melepasi sempadan keegoan mereka
Kasihku tercipta dalam diam
Dan mekar dan layar
Membelah lautan
Dua jiwa melepasi sempadan
Kasih membuka ikatan

Tapi kini kau entah kemana
Kerana waktu yang memisahkan kita
Dan kerna kita masih dalam pelayaran
Tanpa tujuan
Kau pergi meminta izin padaku
Tapi aku hanya tersenyum
Dan kerana aku sangat merelakan kepemergaianmu
Walaupun hatiku sangat terluka
Kerna tiada lagi orang yang mencintaiku
Seperti kau mencintaiku

Pergilah kau....
Mungkin ini yang terbaik buat kita
Kau belayarlah dan belajar lagi untuk mencintai
Dan aku akan belajar dicintai...
kerna kau hanya satu dihati...

0 ulasan: