Saturday, July 17, 2010

mengapa lelaki menangis

mengapa lelaki menangis???
bukankah lelaki adalah dewa
yang tidak memiliki hati dan jiwa
namun mengapa air mata
tetap tumpah dari mata itu
sudah berubahkah?
atau ini puncak klimaks

mengapa lelaki menangis?
apakah hari ini akhir kisah bumi?
atau telah tertulis dalam catatan takdir
bahawa kisah akan berbalik
untuk apa airmata itu keluar
apakah untuk sesuatu yang besar
atau berat atau hanya sekadar remeh
dewa langitpun terhenyak bingung
engkau menangis di hadapan tuhan
namun hatimu masih tetap hitam
menangislah...
bahkan lelaki juga memiliki airmata
dan ku ciptakan sama dia dengan hati di jiwa

mengapa lelaki menangis???
apakah tak ada yang mengerti dirimu
bukankah kamu bertindak agar tak mengerti
apa harus selalu terucap
apa yang ada di hati lelaki
atau masihkah kamu memegang ragu
bahawa lelaki tak pernah punya hati

0 ulasan: