Thursday, March 31, 2011

............ detik........

kini aku tidak tahu
kepada siapakah harus aku mengadu
aku kesunyian
dan aku perlukan seorang teman

mengapa hidup ini sangat kejam
kadangkala ia memberikan sejuta makna
sejuta kesakitan, kesedihan
dan ada kala sejuta kegembiraan

hidup ini tidak boleh diramal
walaupun kita sebagai manusia
kita sangat mahu melihat masa depan
apatah lagi kegembiraan di hari sana

kita sebagai manusia
haruslah selalu berserah
dan selalu berdoa demi
yang terbaik buat masa depan

kesepian ini mengajar aku erti kehidupan
kita sendiri yang harus hadapinya
bukan ingin berkongsi ataupun
ingin hanya untuk bersenangan

0 ulasan: