Thursday, March 24, 2011

kenangan lama

sudah lama kita berpisah
namun aku tidak menyedarinya
masa berlalu dengan cepat
aku merasakan baru semalam aku mengenalimu

hatiku berdetik
dengan detikan cinta mu
jiwa ku tenang di ulik kenangan
yang telah kita bina bersama

tahukah kamu bahawasanya
bukan senang untuk aku menghakis
kenangan yang terbina
yang penuh gelak ketawa

cintamu juga mengajar aku
erti kesetian kejujuran kemaafan
dan dengan cintamu juga
telah membawa ku kearah kegembiraan

namun dalam diam aku meraguinya
kerana belum pernah ada lelaki
yang begitu menghormatiku
aku amat terharu

kau tidak pernah mengatakan cinta
dengan perkataan yang selalu dilakukan
kau mengatakannya dengan sungguh istemewa
dan aku dapat merasakan cintamu

kini masa itu telah berlalu
kini kau entah dimana
kita berpisah mengikut tujuan
dan hala tuju yang terbaik

cerita tentang cinta kita
kini tinggal kenangan

0 ulasan: