Tuesday, March 15, 2011

PATUTKAH AKU MELUPAKAN MU!!!!!!!!

malam yang sunyi ini
angin yang sungguh dingin
aku hanya ditemani bulan dan bintang
dan titisan hujan mutiara

aku tiba-tiba mengenangkan kisah kita
dahulu kita penah mengecapi bahagia
yang tak mungkin pernah ku rasai
hadirnya mu dalam hidupku
bagaikan cahaya yang menerani kegelapanku

di waktu aku bersama mu
aku mudah tersenyum
aku senang ketawa
aku jarang muram
dan aku tak pernah menangis
kerana bersedih

kau amat bermakna buatku
kau amat teristemewa buatku
dan kau yang membuatku
rasa disayangi dan dicintai

kisah kita masih tergiang-giang
dalam ingatan ku dan dalam jiwaku
kau adalah putera yang selama ini
ku tunggu dan hendak ku temui

pada petang itu
hujan turun dengan lebatnya
aku berada di beranda
sambil melihat air hujan turun
tanpa aku sedari kau berada di bawah
sambil memerhatikanku

kau memerhatiku dalam diam
dan aku menyedarinya pabila
kau memasang lagu tantinic
aku memerhati yang berada dibawah

kau tersenyum ketika aku tersenyum melihatmu
dalam hujan yang lebat kau katakan padaku
lagu ini amat merdu didengar
apabila hujan turun
ketika itu hujan yang menjadi saksi
saksi cinta yang kau berikan padaku

kau menemani ku hingga senja
dan kau berada di bawah dalam kesejukkan
aku masih ingat kau rela berhujan
demi mengembirakan ku
demi merawat kesunyian ku
yang dalam kesunyian di beranda

ketika hujan berhenti
kita bagaikan mahu memutar masa itu kembali
namun aku dan kau tahu
hari ini takkan berulang
dan aku kan simpan kenangan ini
yang sangat bermakna yang telah
kau berikan buatku

hingga sekarang
aku xdapat melupakan mu
walau aku mencubanya
namun aku tidak berdaya
hanya tuhan saja yang tahu
betapa sakitnya hatiku
menahan perasaan rindu padamu

namun aku akur
kerana aku menyedari
yang kita telah lama berpisah
4 tahun sudah cuklup mengajar aku
erti kesabaran dan
pada waktu ini aku baru menyedari
kau amat bermakna buatku
dan aku juga tahu
yang aku seharusnya melupakanmu

namun adakah aku sanggup
membuang kisah kita
kenangan kita
yang mungkin tak dapt ku peroleh
dari sesiapa

kini aku amat terseksa
aku cuma mengharapkan
agar aku dapat menghapus semuanya
semua kenangan kita bersama
selamanya
walaupun aku tak merelakannya

maafkan aku
hanya kau dihatiku
sebelum kini dan selamanya

0 ulasan: